KUCHING, 20 Mac: Sebahagian bangunan lama Kuarters Jururawat Kuching akan dirobohkan untuk projek tebatan banjir.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata Jabatan Pengairan dan Saliran akan membina kolam takungan air di kawasan itu.
Katanya, projek yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu bagi mengatasi masalah banjir yang serius di kawasan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sekitarnya.
Bagaimanapun jelasnya, sebahagian bangunan kuarters itu akan dikekalkan dan dipelihara sebagai bangunan warisan di bawah Persatuan Warisan Sarawak (SHS).
Beliau menambah bangunan kuarters itu akan dijadikan sebagai Anjung Kasih dengan menyediakan tempat penginapan kepada ahli keluarga pesakit HUS yang kurang berkemampuan.
Datuk Seri Dr Muhammad berkata demikian pada sidang media selepas meninjau tapak projek itu di Bangunan Lama Kuarters Jururawat Kuching hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM