KUCHING, 20 Mac – Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sedia bekerjasama membangunkan Bandar Simanggang sebagai Smart City, selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).
Dalam lawatan ke SMA semalam, Pengerusi SADA, Dato Sri Rohani Abdul Karim, bersama Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, membincangkan potensi Simanggang mencapai Tahap 1 (Smart City Early Adopter).
Menurut kenyataan medianya hari ini, beberapa elemen seperti Lampu Isyarat Pintar (Smart Traffic Light) dan Pusat Arahan (command centre) juga telah mula diterapkan.
Berikutan itu, Pengurus Besar SMA, Dato Dr. Anderson Tiong Ing Heng ingin menjemput SADA ke Bengkel Pembangunan Smart City pada April 2025.
Dr. Anderson menambah, SMA juga akan memberi taklimat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA pada 25 Mac ini.
Kerjasama ini dijangka mempercepatkan transformasi Simanggang sebagai Smart City menjelang 2030.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

20 March 2025 | 12:25 PM