• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 10:19 PM

Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun Ditemui Mati Lemas, Adiknya Masih Hilang

MUKAH, 19 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati lemas petang tadi, selepas dihanyutkan arus ketika mandi sungai bersama adiknya di Jambatan Kuning Batang Mukah semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, jasad mangsa, Dexper Kiu Kuang Wei, ditemui kira-kira jam 4.40 petang oleh pasukan Polis Diraja Malaysia lebih kurang dua kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, operasi mencari Susie Kiu, 7, yang masih hilang, giat diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.50 petang semalam, dua beradik itu sedang mandi di tepi sungai sebelum dihanyutkan arus deras kerana tidak tahu berenang.

Ibu mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut namun gagal.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok