KUCHING, 19 Mac: Lebih 1,000 pengunjung menyertai Program Jelajah Iftar Mydin 2025 di Pasaraya Mydin Petra Jaya hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama Cadbury dan Yeo’s itu adalah amalan baik yang ditunjukkan oleh badan-badan korporat terutama pada bulan ramadan ini.
Katanya, program berbuka puasa beramai-ramai yang julung kali diadakan di Sarawak itu mampu memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan agar mereka tidak merasa terpinggir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jelajah Iftar Mydin di Pasaraya Mydin Petra Jaya di Kuching hari ini.
Pada program itu, Datuk Seri Fatimah turut menyalurkan sumbangan daripada Mydin kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Hidayatul Muttaqin.
#BilikBeritaCATS #CATSFM