WASHINGTON, 19 Mac: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin pada Selasa bersetuju bahawa keamanan di Ukraine "akan bermula dengan gencatan senjata ke atas tenaga dan infrastruktur", lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Rumah Putih, kedua-dua pemimpin membincangkan secara meluas mengenai hubungan dua hala, Iran, Timur Tengah, serta keperluan untuk menghentikan percambahan senjata strategik menerusi panggilan telefon.
Sebagai sebahagian daripada rancangan gencatan senjata terhad, AS dan Rusia akan “segera” memulakan rundingan teknikal mengenai gencatan senjata maritim di Laut Hitam serta usaha mencapai gencatan senjata penuh dan keamanan yang berkekalan di Ukraine. - BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 06:11 PM