JOHOR BAHRU, 19 Mac: Seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari daripada pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan.
Bagaimanapun Abdul Razak Ismail, 65, selaku orang kena saman (OKS) akan dituduh semula di mahkamah pada tarikh lain.
Majistret A.Shaarmini membuat perintah DNAA itu selepas pihak pendakwaan mendapat arahan terbaharu untuk mengklasifikasikan kes Abdul Razak sebagai DNAA dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya.
Terdahulu, Abdul Razak mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 22, di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada 3.45 petang, Ahad lepas. - BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 06:06 PM