KUCHING, 19 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang menyalurkan RM100,000 untuk menaik taraf Taman Seng Goon di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Batu Kitang.
Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu projek itu bagi meningkatkan kemudahan taman dan memastikan persekitaran yang lebih selamat.
Katanya, salah satu isu utama yang diutarakan komuniti adalah tanah di taman itu tidak rata dan sukar untuk diselenggara.
Dato Lo berkata pihaknya juga akan membaiki sistem aliran taman itu bagi mengelak berlaku banjir selain menambah ruang tempat letak kenderaan.
Ujarnya, ramai komuniti yang menggunakan taman itu untuk aktiviti tai chi dan berjogging.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 11:54 AM