SIMUNJAN, 19 Mac: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan hilang di Kampung Sageng, Simunjan sejak Khamis diteruskan hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Hamil Hamdan berusia 43 tahun dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah selepas keluar menangkap ikan di Sungai Sageng.
Setakat ini, hanya peralatan memancing dan perahu milik mangsa ditemui di Sungai Segali.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 11:23 AM