KUCHING, 19 Mac: Polis telah mengenal pasti seorang pemandu wanita yang menunjuk isyarat lucah jari tengah kepada seorang pengguna jalan raya di Jalan Batu Kawa lebih kurang jam 4.46 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata Balai Polis Kota Sentosa Kuching menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kejadian itu turut tular di media sosial. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mengganggu kesantunan seseorang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 11:22 AM