KUCHING, 19 Mac – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun bersama tiga ahli keluarganya terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah teres setingkat di Lorong 2C, Tabuan Laru, tengah malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah malam sebelum mengerahkan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api telah marak dan memusnahkan ruang tamu serta tiga bilik tidur rumah tersebut.
Bagaimanapun, penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

19 March 2025 | 11:18 AM