Kuching, 18 Mac – Kira-kira 250 pemain industri pelancongan Sarawak menghadiri sesi libat urus bersama Tourism Malaysia hari ini sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Program yang diadakan di Kuching itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau semasa ditemui media berkata, sesi tersebut memberi ruang kepada pemain industri untuk memahami produk pelancongan yang ditawarkan serta inisiatif yang dapat membantu perkembangan sektor tersebut.
Selain sesi taklimat, program itu juga berfungsi sebagai platform untuk meneroka peluang baharu dalam industri pelancongan Sarawak.
Untuk itu, beliau berharap sesi itu dapat diadakan dengan lebih kerap bagi memperkukuh kerjasama antara pemain industri di Sarawak dan seluruh Malaysia.
Dengan platform sedemikian, industri pelancongan Sarawak dapat berkembang dan bersedia untuk menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 10:09 PM