BINTULU: Enam buah kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di tempat letak kereta sebuah kilang di Press Metal Bintulu, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomva Sarawak berkata, Kejadian yang dilaporkan pada jam 16:35 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju yang diketuai Komander operasi Clarence tiba dilokasi susulan itu dan bertindak memadam kebakaran.
Tambahnya, kenderaan yang musnah melibatkan empat buah Proton Saga dan masing-masing satu Perodua Bezza dan Proton Persona.
#BilikBeritaCATS #CATSFM