• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 10:05 PM

Pelantikan Dr. Abdul Rahman Sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak

KUCHING, 18 Mac – Pelantikan Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) disifatkan sebagai langkah tepat dan strategik dalam memperkukuh pembangunan wilayah, kata Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman.

Beliau menyatakan keyakinannya bahawa pengalaman dan kepakaran Datuk Dr. Abdul Rahman akan terus memacu transformasi bandar raya, sekaligus memberi impak positif terhadap pembangunannya yang dinamik dan maju.

Tegas beliau, pembangunan yang seimbang dan menyeluruh akan menjadi fokus utama DBKU dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk di Kuching Utara.

Terdahulu, perlantikan itu telah diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas Majlis Angkat Sumpah di Astana Negeri Sarawak, semalam.

Dato Hilmy dalam kenyataan medianya hari ini menambah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited memastikan pembangunan berjalan lancar dengan fokus kepada kemampanan dan kesejahteraan komuniti.

Ujarnya lagi, Kuching Utara dijangka terus berkembang sebagai bandar raya moden dan berdaya saing dibawah kepimpinan baharu kali ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok