• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 10:04 PM

Fasiliti Pelancongan, Jangan Tunggu Isu Tular Baru Nak Bertindak – Abdul Karim

Kuching, 18 Mac – Pemain industri pelancongan disaran untuk lebih proaktif dan tidak berdiam diri dalam memastikan fasiliti di kawasan tumpuan pelancong sentiasa berada dalam keadaan baik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemain industri seharusnya peka terhadap keadaan fasiliti pelancongan dan mengambil langkah sewajarnya sekiranya berlaku kerosakan.

Ini kerana, terdapat segelintir yang tidak melaporkannya kepada pihak berkaitan walaupun mengetahui keadaan fasiliti itu rosak atau terbiar.

Katanya, jangan tunggu sehingga perkara itu tular di media sosial, baru nak bertindak.

Tegas beliau, tindakan tersebut akan membawa kepada maklum balas negatif pelancong mengenai fasiliti yang tidak diselenggara yang boleh menjejaskan imej pelancongan negeri.

Ia sekali gus dapat mengurangkan daya tarikan negeri ini kepada pelawat lain.

Oleh itu, beliau menyeru setiap pemain industri pelancongan agar memainkan peranan masing-masing dalam memastikan industri pelancongan Sarawak kekal berada dalam keadaan terbaik.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pelancongan Sarawak di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok