• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 04:31 PM

WAK 2025: Platform Kreatif Sarawak Kini Terima Cadangan Program

Kuching, 18 Mac – Festival What About Kuching (WAK) kembali untuk edisi ke-7, membuka peluang kepada komuniti untuk mengemukakan cadangan program.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata WAK 2025 akan menumpukan kepada pelbagai platform bagi meraikan kepelbagaian serta kreativiti Sarawak.

Antara platform yang diketengahkan termasuk Mikrofon Terbuka, Seni Visual, Kraftangan, Warisan Budaya, dan aktiviti berasaskan gaya hidup.

Menurut beliau, WAK 2025 akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu di Sibu dari 6 hingga 8 Jun, Miri dari 13 hingga 18 Jun, dan Kuching sepanjang Oktober.

Cadangan program boleh merangkumi pelbagai genre seperti Muzik, Seni Persembahan, Seni Visual, Kesusasteraan, Pameran Komuniti dan Budaya, Filem, Media, Seni Digital, Aktiviti Sukan, serta Bengkel dan Pemasangan Interaktif.

Permohonan kini boleh dikemukakan melalui laman web rasmi festival di www.aboutkuching.com.

Tarikh akhir penyerahan adalah pada 8 Mei untuk WAK Sibu dan WAK Miri, serta 27 Jun untuk WAK Kuching.

Semua cadangan akan dinilai, dan pengumuman kalendar penuh dijadualkan pada 22 Mei untuk WAK Sibu, 23 Mei untuk WAK Miri, dan 8 Ogos untuk WAK Kuching.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran panggilan cadangan program WAK 2025 di Bangunan Baitulmakmur, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok