• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 04:29 PM

Kerajaan Komited Baik Pulih Jalan Kampung Gita Yang Rosak Akibat Projek Pembetungan

KUCHING, 18 Mac – Kerajaan Sarawak berusaha mempercepatkan kerja-kerja penurapan jalan di Kampung Gita yang terjejas akibat projek pembetungan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, berkata projek yang sedang berjalan itu telah menyebabkan kesulitan kepada penduduk, terutama apabila jalan utama dan lorong-lorong kampung berkenaan digali untuk pemasangan sistem pembetungan.

Justeru, beliau meminta pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membantu menurap jalan bagi projek penggalian yang sudah siap, walaupun sepatutnya ia di bawah tanggungjawab kontraktor lantikan Jabatan Pembetungan Sarawak.

Fazzrudin yang juga ADUN N.6 Tupong ketika ditemui media hari ini berharap kerja-kerja penurapan jalan dapat diselesaikan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato' Hilmy Othman memaklumkan projek ini sepatutnya siap pada Disember 2024 tetapi mengalami kelewatan disebabkan beberapa isu teknikal.

Bagaimanapun, Dato Hilmy menegaskan bahawa dengan peruntukan khas yang diperoleh oleh kerajaan, sebahagian jalan akan diturap sebelum Hari Raya Aidilfitri. Manakala, selebihnya akan diturap selepas hari raya.

Tambah Dato Hilmy lagi, projek itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Terdahulu, Dato Fazzrudin mengadakan lawatan kerja ke projek penurapan semula jalan rosak di Lorong Kenanga 6, Kampung Gita, pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pembetungan Sarawak, Jamey Ngedat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok