JAKARTA, 18 Mac - Seramai tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.
Ketiga-tiga anggota ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.
Menurut kenyataan polis, kesemua mangsa cedera parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Polis Lampung untuk bedah siasat. – BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:53 PM