• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:52 PM

Sarawak kaji semula pelan induk elektrik 2025-2030

Kuching, 18 Mac: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak serta Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha capaian elektrik penuh ke kawasan luar bandar negeri ini tercapai.

Menteri MUT, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, buat masa ini, liputan bekalan elektrik untuk luar bandar seluruh Sarawak adalah 98.6 peratus.

Katanya, MUT akan terus komited untuk mencapai elektrifikasi penuh di Sarawak dengan pembekalan tenaga yang boleh dipercayai secara menyeluruh ke kawasan luar bandar bagi memperkukuh pembangunan ekonomi di negeri ini.

Tambah beliau, SEB sebagai agensi pelaksana memainkan peranan penting untuk memastikan setiap projek atau inisiatif dilaksanakan dengan lancar dan menepati masa.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa SEB di Kuching, malam semalam.

Sementara itu, mengenai Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF), beliau berkata sejumlah RM315 juta diperuntukkan sejak 2018 bagi Fasa Satu hingga Fasa Empat yang telah memberi manfaat kepada hampir 20 ribu isi rumah.

Sehingga kini, lebih 17 ribu permohonan baharu telah diterima bagi inisiatif berkenaan dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Kementerian merancang untuk membekalkan elektrik kepada pemohon baharu itu menerusi projek ALAF dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan jumlah peruntukan dianggarkan sebanyak RM550 juta.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok