• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:49 PM

2,000 Pek Bubur Lambuk CATS diagihkan di Mukah, Anak Yatim Terima Bakul Rezeki dan Duit Raya

MUKAH, 18 Mac – Sebanyak 2,000 pek Bubur Lambuk CATS telah diagihkan kepada masyarakat sekitar bandar itu, lewat petang semalam.

Program anjuran syarikat radio pertama Sarawak itu dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Pusat Khidmat P213 Mukah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib bertempat di Menara Jam Mukah dan Bazar Ramadan Mukah bermula seawal jam 4 petang.

Menurut Pengurus Program CATS FM, Mohamad Fadzli Daud @ Fuzz, program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan dengan menghulurkan juadah untuk berbuka puasa kepada penduduk setempat.

Menurut Fuzz, program ini bukan sekadar pengagihan makanan, tetapi juga satu inisiatif untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

"Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki. Dengan adanya program seperti ini, kita dapat bersama-sama membantu golongan yang memerlukan serta memupuk semangat muafakat dalam kalangan penduduk Mukah," katanya ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk.

Selain program pengagihan bubur lambuk, Dato Hanifah turut menyantuni sekitar 300 warga Mukah termasuk anak-anak yatim dalam satu majlis khas di Masjid Setia Raja Mukah.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 50 Bakul Rezeki telah disumbangkan oleh Dato Hanifah, manakala 50 sampul Duit Raya diberikan oleh CATS FM kepada anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan menjelang Aidilfitri.

Program ini turut diserikan dengan majlis berbuka puasa "Sungkey Sama CATS", yang dihadiri oleh Ketua Jabatan Daerah Mukah, Ketua Kaum serta penduduk setempat.

Turut hadir sama ialah Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said, dan Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (CATS FM), Mohd Iskandar Nawawi.

CATS FM sentiasa komited dalam menjalankan program kebajikan bagi membantu masyarakat tidak kira latar belakang di negeri ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok