Kota Samarahan, 17 Mac: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak sentiasa bersedia untuk bertugas pada setiap musim perayaan, termasuk sambutan Hari Raya yang bakal tiba.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato' Mancha Ata berkata, kekuatan anggota sedia ada untuk musim-musim perayaan mencukupi untuk melaksanakan tugas-tugas rutin.
Katanya, ia termasuk meningkatkan kawalan lalu lintas bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan semasa perayaan.
Di samping itu, beliau juga mengingatkan masyarakat yang pulang ke kempung untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan rumah yang ditinggalkan.
Menurut beliau, PDRM akan menumpukan rondaan di kawasan taman dan perumahan bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah.
Sehubungan itu, PDRM akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memaklumkan persediaan penuh pihaknya menjelang musim perayaan hari raya nanti.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:44 PM