• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:43 PM

Superintendan Damataries Lautin, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan yang Baharu

Kota Samarahan, 17 Mac: Superintendan Damataries Lautin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Samarahan yang baharu, menggantikan DSP Jaimi Husin.

Upacara serah terima tugas telah berlangsung hari ini di Ibu Pejabat Polis Kota Samarahan yang turut disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato' Mancha Ata.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa upacara tersebut juga menyaksikan penyempurnaan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis (Pegawai yang Diwartakan) Bil. 5/2025 bertarikh 22 Februari 2025.

Menurutnya, ia merupakan satu proses penting bagi PDRM Kontinjen Sarawak, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan.

Beliau berbesar hati diberikan penghormatan menjadi saksi kepada proses peralihan tugas yang signifikan itu.

Selain itu, beliau menyatakan keyakinannya bahawa kedua-dua pegawai tersebut mampu membawa perubahan positif kepada pasukan masing-masing.

Ia sekali gus mengukuhkan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan penguatkuasaan terulung di Malaysia.

Dalam ucapan sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada mantan KPD Kota Samarahan atas komitmen dan tanggungjawab beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

DSP Jaimi seterusnya akan menjalankan tugas sebagai Timbalan KPD Serian.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok