• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

18 March 2025 | 12:36 PM

KKDW komited, pastikan anak-anak luar bandar mendapat manfaat pendidikan sewajarnya

Kota Samarahan, 17 Mac – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited memastikan anak-anak luar bandar mendapat manfaat pendidikan yang sewajarnya.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, berkata, antara usaha yang dilakukan adalah Program Tuisyen Rakyat oleh Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menurut beliau, RISDA Sarawak telah memperuntukkan hampir RM29 ribu tahun ini kepada 23 pusat tuisyen terpilih bersempena Program berkata.

Usaha tersebut bertujuan untuk memperkasakan pendidikan, khususnya kepada murid-murid luar bandar.

Katanya, program tersebut telah memberi manfaat kepada 3 ribu murid desa dan 1 ribu guru terpilih di 200 pusat tuisyen seluruh negara.

Ia membuktikan komitmen KKDW dan RISDA dalam menjadikan pendidikan sebagai keutamaan bagi melahirkan komuniti desa yang progresif.

Tambah beliau, reformasi pendidikan luar bandar perlu disokong bagi memenuhi keperluan semasa dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing untuk masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Jom Ke Sekolah Sarawak Tahun 2025 di Dewan Suarah, Kota Samarahan, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok