• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 March 2025 | 12:24 PM

Dato Hanifah Hajar Taib Santuni Ahli PBB Kota Sentosa, Hulur Sumbangan Sempena Program Ramadan

Kuching, 17 Mac – Ketua Cawangan PBB Kota Sentosa, Dato Hanifah Hajar Taib, semalam mengadakan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa tinggi dan ahli-ahli cawangan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Majlis itu dihadiri sekitar 80 ahli cawangan termasuk Timbalan Ketua Cawangan, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Belia, Ketua Wanita, serta Ketua-ketua Ranting dari cawangan berkenaan.

Dalam majlis sama, beliau yang juga Timbalan Menteri Ekonomi turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500 kepada setiap ranting di bawah bagi menyokong pelaksanaan program sepanjang bulan Ramadan.

Secara keseluruhan, peruntukan berjumlah RM4,500 telah disalurkan.

Beliau dalam kenyataan berharap inisiatif tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan ahli cawangan, di samping menghargai usaha mereka dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan, sekali gus memperkasa gerak kerja PBB Kota Sentosa.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok