• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 March 2025 | 12:12 PM

Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 yang belum selesai akan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi

KUCHING, 16 Mac - Perbincangan berhubung perkara yang masih belum selesai dalam tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, terdapat beberapa perkara yang telah dipersetujui sepenuhnya manakala beberapa perkara lagi masih belum selesai dan memerlukan campur tangan pucuk pimpinan tertinggi.

”Salah satu perkara yang belum dipersetujui itu termasuk permintaan satu pertiga perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen dan satu lagi berkaitan pelantar benua.

”Perkara ini bukan tidak dipersetujui sepenuhnya namun, kerana ada perbezaan tafsiran undang-undang antara peringkat persekutuan dan negeri.

”Sehubungan itu, kerumitan isu ini perlu dibincang dan memerlukan keputusam daripada pucuk pimpinan negara,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan Kem Ihya Ramadan di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), di sini, hari ini.

Tambahnya, mesyuarat peringkat tinggi ini akan dihadiri oleh Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bagi merangka tindakan seterusnya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok