• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 March 2025 | 12:07 PM

MIPD mempertimbang untuk memendekkan klasifikasi projek sakit daripada 100 hari

KUCHING, 16 Mac - Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) mempertimbang untuk memendekkan klasifikasi projek sakit daripada 100 hari kelewatan sekarang kepada hanya 30 hari.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, di bawah peraturan sedia ada, Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh mengambil tindakan jika projek yang diluluskan, tidak dilaksanakan secara aktif sehingga 100 hari.

“Tetapi kami telah berbincang dan merasakan tempoh 100 hari ini terlalu lama. Jadi kami cuba yang terbaik untuk melihat bagaimana kami boleh mengurangkan ini kepada hanya 30 hari,” katanya.

Uggah berkata demikian selepas melakukan upacara pecah tanah bagi dua projek menaik taraf jalan raya di Spaoh, pada Sabtu.

Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Mara/Selangking/Ng Sela/Tanjung Paoh bernilai RM16 juta dan satu lagi jalan di Sapoh berharga RM20 juta.

Tambah Uggah, sekiranya dalam tempoh 30 hari, kontraktor yang dianugerahkan projek itu dilihat tidak melaksanakan projeknya secara aktif seperti yang dijadual, ia bermakna mereka tidak mampu meneruskannya.

Justeru tegasnya, JKR boleh membuat keputusan penamatan, sambil percaya campur tangan awal akan menjimatkan banyak masa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok