• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 March 2025 | 11:58 AM

Kaedah pengukuran kadar kemiskinan setiap negeri wajar disemak semula - Nancy Shukri

Kuching, 16 Mac: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan, kaedah pengukuran kadar kemiskinan di setiap negeri wajar disemak semula.

Ia bagi memastikan golongan yang benar-benar miskin sahaja tersenarai dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

Untuk itu, beliau menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak untuk menyemak semula data eKasih, berikutan masih tersenarai segelintir yang bukan miskin tegar masih tersenarai dalam sistem tersebut.

Menurutnya, Sarawak tidak mahu terus dilabel sebagai negeri kaya tetapi memiliki kadar kemiskinan yang tinggi.

Oleh itu, kaedah pengukuran kadar kemiskinan perlu dikaji semula agar gambaran yang lebih tepat dapat diberikan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang mengakui bahawa data eKasih mempunyai kelemahan tersendiri.

Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula kaedah yang digunakan dalam sistem tersebut.

Datuk Seri Nancy menegaskan bahawa kaedah mengukur kadar kemiskinan sesebuah negeri berbeza dan tidak boleh bergantung sepenuhnya pada data eKasih semata-mata.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan ini melalui pelbagai inisiatif.

Di peringkat persekutuan dan negeri, kedua-dua pihak sedang giat berusaha untuk mencapai sifar kemiskinan.

Beliau menegaskan bahawa usaha ini memerlukan komitmen yang berterusan dan merupakan satu proses jangka panjang.

Justeru, beliau berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok