• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 March 2025 | 04:20 PM

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM4.7 Juta, Bantu Pesakit Buah Pinggang

Kuching, 14 Mac – Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM4.7 juta tahun ini untuk membantu seramai 201 orang pesakit buah pinggang.

Berdasarkan jumlah itu, 184 pesakit merupakan pesakit lanjutan, manakala 17 lagi adalah pesakit baharu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peruntukan itu akan disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sebagai inisiatif untuk membantu pesakit.

Katanya, inisiatif tersebut sekali gus dapat meringankan beban kewangan pesakit untuk mendapatkan rawatan dan khidmat dialisis.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut dijangka meningkat setiap tahun berikutan pertambahan jumlah pesakit buah pinggang di Sarawak.

Untuk itu, kerajaan negeri telah mendapatkan sebanyak 24 buah mesin dialisis yang diletakkan di hospital dan klinik kerajaan terpilih di seluruh Sarawak.

Ia bagi menampung keperluan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis serta mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Hemodialisis MyAngkasa di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok