• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 March 2025 | 04:18 PM

KPM Sedia Bentang Rang Undang-Undang Pendidikan Wajib Sekolah Menengah Tahun Ini

Kuching, 14 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk membentangkan pindaan Akta Pendidikan, Rang Undang-Undang (RUU) Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah pada sesi Parlimen tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bertujuan untuk memastikan setiap murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan di peringkat menengah.

Menurut beliau, KPM sudah mempunyai Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Rendah yang menyaksikan 99 peratus murid-murid mendapat pendidikan di sekolah rendah.

Sehubungan itu, KPM kini mahu memastikan kesinambungan pendidikan itu ke peringkat sekolah menengah.

Untuk itu, beliau menyeru golongan masyarakat untuk menyokong RUU ini demi kepentingan pendidikan negara.

Dalam pada itu, tambah beliau, antara perkara lain yang menjadi tumpuan KPM tahun ini adalah Pelan Pembangunan Pendidikan yang Baharu dan Kurikulum Baharu 2027.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sahur bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Matang 2 di Kuching, awal pagi tadi.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok