• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 March 2025 | 04:17 PM

MA63: Isu Pendidikan Antara Paling Banyak Diselesaikan – Fadhlina

Kuching, 14 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited memastikan isu-isu pendidikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak menjadi keutamaan dalam mencapai hasrat tersebut.

Menurutnya, setakat ini, isu pendidikan merupakan antara perkara dalam MA63 yang paling banyak berjaya diselesaikan.

Sehubungan itu, KPM akan terus berusaha untuk memastikan segala hasrat yang telah dirancang dapat direalisasikan bagi memperkasakan sektor pendidikan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sahur bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Matang 2 di Kuching, awal pagi tadi.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 ribu kepada sekolah berkenaan untuk tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan kebajikan warga sekolah.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok