MUKAH, 14 Mac – Sebuah kapal layar milik warga China mengalami kerosakan enjin dan terdampar di Muara Sungai Mukah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima laporan daripada pemilik kapal, lelaki warga China bersama dua rakan senegaranya.
Menurutnya, kejadian berlaku pada 12 Mac lalu ketika kapal layar dinaiki tiga lelaki warga asing berusia antara 31 hingga 52 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Phuket, Thailand ke negara China.
Katanya, kapal layar tersebut telah menghadapi masalah enjin ketika melalui perairan Sarawak, menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terpaksa memasuki kawasan Muara Sungai Mukah dengan menaiki bot kecil.
Namun, satu beg galas berisi dokumen penting termasuk passport dan barang peribadi telah tercicir di tengah laut.
Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, seorang penduduk tempatan telah membantu mereka sebelum laporan dibuat di Balai Polis Mukah.
Tambah Muhamad Rizal, kes itu akan dirujuk kepada Kedutaan China di Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kerugian dilaporkan.
#CATSFM #BilikBeritaCATS