Kuching, 13 Mac: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk mengembalikan pembukaan sekolah bagi sesi 2026 pada bulan Januari.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM telah melaksanakan persediaan yang sangat rapi untuk ke arah itu.
Katanya, langkah itu termasuk memastikan tempoh persekolahan berjumlah 190 hari, seperti yang tertakluk dalam Akta Pendidikan.
Selain itu, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga akan bermula lebih awal dan dijangka selesai sebelum perayaan Krismas.
Tambahnya, KPM turut mengambil kira semua cuti serta perkara-perkara yang melibatkan komitmen di peringkat kementerian bagi memastikan sesi persekolahan 2026 bermula pada Januari.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Beliau di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm