• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 March 2025 | 04:44 PM

Program MM2H terbuka kepada semua negara, bukan hanya China – Abdul Karim

Kuching, 10 Mac: Program Malaysia My Second Home (MM2H) dipromosikan secara terbuka kepada semua negara dan tidak hanya kepada negara China sahaja.

Demikian menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sebagai respons terhadap dakwaan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang mendakwa program MM2H telah menjadikan 22,000 warganegara China sebagai penduduk tetap di Malaysia.

Katanya, program MM2H terbuka kepada pemohon dari semua negara, kecuali Israel dan Korea Utara.

Menurut beliau, populasi besar masyarakat China dan kefahaman mendalam mereka terhadap Malaysia dilihat sebagai faktor yang menyebabkan mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.

Mengambil konteks program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H), beliau berkata, jumlah pemohon tertinggi untuk Sarawak datang dari China, Eropah, Amerika Syarikat, dan Singapura.

Walaupun S-MM2H sedikit berbeza dari MM2H kerana ia diuruskan oleh kerajaan negeri, namun asas kedua-dua program tersebut adalah sama.

Matlamatnya adalah untuk menarik individu dari negara lain yang menyukai Malaysia dan ingin menjadikannya rumah mereka.

Mereka tidak semestinya memohon kewarganegaraan atau status penduduk tetap, tetapi boleh melawat secara berkala.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pusingan Pra-Kelayakan Davis Cup Junior Asia/Oceania 2025 di Pusat Tenis Persatuan Tenis Lone Sarawak (SLTA) di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok