Kuching, 10 Mac: Sebanyak 23 negara menyertai Kejohanan Tenis Pusingan Pra-Kelayakan Davis Cup Junior Asia/Oceania 2025, yang bermula secara rasmi di Kuching hari ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan tersebut bagi merebut dua tempat untuk pusingan kelayakan di Kazakhstan pada Mei depan.
Katanya, Sarawak berasa berbesar hati menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut, yang rata-ratanya diwakili oleh atlet muda berbakat dari setiap negara.
Ia sekali gus mencerminkan masa depan untuk sukan tenis.
Di samping itu, beliau turut menegaskan komitmen Sarawak dalam memupuk bakat muda dan menggalakkan kerjasama antarabangsa melalui acara seumpama itu.
Menurut beliau, usaha tersebut diharap dapat memberi inspirasi kepada generasi atlet muda seterusnya dalam mengukuhkan komuniti tenis global.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan kejohanan tersebut di Pusat Tenis Persatuan Tenis Lone Sarawak (SLTA) di Kuching hari ini.
Antara negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut ialah Iraq, Indonesia, Arab Saudi, Kuwait, Mongolia, Singapura, Macau, Filipina, dan Vietnam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM