KUCHNG, 10 Mac – Tiga lelaki warganegara asing dan empat lelaki warga tempatan dalam lingkungan umur 20 hingga 47 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah pusat hiburan di simpang Batu Niah dekat Miri.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua mereka ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Miri dalam serbuan ke atas premis itu kira-kira 12.35am pada 8 Mac lepas.
“Semasa melakukan pemeriksaan di tempat kejadian, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Ketamine dan pil Ecstacy dengan berat keseluruhan 9.9 gram dengan anggaran nilai RM808,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Kes itu disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Menurut ACP Alexson, suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman.
#BilikBeritaCATS #CATSFM