KUCHING, 10 Mac: Jabatan Kastam Sarawak baru-baru ini berjaya mematahkan penyeludupan dadah berbahaya jenis ganja di Kuching.
Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pada 3 Februari lalu, pasukan dari Cawangan Narkotik Sarawak merampas satu kotak bungkusan di sebuah syarikat kurier di Jalan Song dan menemui ganja dengan berat 4,926 gram, dianggar bernilai RM147,780.
Pada hari sama, sekitar 10 minit kemudian, pasukan itu merampas satu bungkusan berbeza di premis yang sama dan hasil pemeriksaan menemukan ganja dalam beberapa bungkusan dengan berat 2,182 gram dan dianggarkan bernilai RM96,560.
Menurut Norizan, kedua-dua kes masih disiasat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM