Lawas, 10 Mac: Anjung Usahawan Lawas dijangka beroperasi sepenuhnya Jun ini, sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek yang bernilai RM3.8 juta itu bakal menjadi hab ekonomi baharu di Lawas.
Katanya, Anjung Usahawan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk 10 lot gerai, kedai runcit, ruang makan, dan ruang khas untuk persembahan dan aktiviti.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tangki air bagi mengatasi isu tekanan air rendah yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Menurut beliau, ia secara tidak lansung membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan sebagai platform untuk mengembangkan lagi sektor ekonomi Lawas.
Tambah beliau ia sekali gus memberi impak positif terhadap pembangunan di wilayah utara Sarawak.
Sumber & Foto: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM