Balingian, 10 Mac: Pusat Dialisis Buah Pinggang di Klinik Kesihatan Selangau dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2025.
Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta berkata, pusat dialisis tersebut akan memberi manfaat besar kepada penduduk Selangau terutama yang menghidap penyakit buah pinggang untuk mendapatkan kemudahan rawatan yang lebih dekat.
Katanya, sebelum ini, pesakit terpaksa berulang-alik ke Sibu atau Mukah untuk mendapatkan rawatan.
Sehuhungan itu, inisiatif tersebut secara tidak lansung dapat mengurangkan kos perjalanan dan membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan yang lebih mudah dan selesa.
Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memandang serius keperluan tersebut susulan lawatan beliau ke klinik berkenaan, Januari lalu.
Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Nyawai Anak Radin di Sungai Duan, Balingian, pada Ahad.
SUMBER & FOTO: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM