• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 March 2025 | 12:54 PM

Lelaki mengamuk di gereja disyaki gangguan mental

KUCHING, 8 Mac: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki mengalami gangguan mental mengamuk di Gereja St. Joseph, di sini, petang semalam sebelum ditahan oleh pihak polis.

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang itu, suspek dilaporkan memasuki kawasan gereja melalui pintu utama dengan menaiki sebuah kenderaan sambil memainkan muzik dengan kuat.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki itu turut memegang sebotol minuman keras sebelum bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling botol dalam keadaan marah.

Katanya dalam kenyataan hari ini, suspek berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Sentral susulan itu.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut sedang menerima rawatan di Hospital Kota Sentosa dan dipercayai tidak mengambil ubat yang dibekalkan kepadanya.

Menurut Farhan, ahli keluarga lelaki tersebut telah tampil ke balai polis dengan membawa dokumen berkaitan bagi mengesahkan keadaan kesihatannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini untuk menghubungi pihak polis di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kes, Insp. Ang Mei Cin, di talian 010-7039818.

Farhan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok