Kuching, 8 Mac - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, santuni anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa anjuran kerjasama tiga agensi, malam tadi.
Agensi-agensi berkenaan ialah Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEX), dan Pembangunan Bank Sarawak (DBOS).
Majlis yang diadakan di Bangunan Hikmah Exchange Event Centre, Kuching itu bertujuan meraikan anak-anak yatim dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM).
Menurut kenyataan penganjur, sumbangan berjumlah RM25 ribu telah disumbangkan kepada PERYATIM dalam majlis itu, yang turut disaksikan oleh Premier Sarawak.
Selain itu, anak-anak PERYATIM juga turut menerima sumbangan berupa 'duit raya' bagi membawa kegembiraan kepada mereka dalam meraikan bulan Ramadan ini.
Dalam pada itu, kira-kira 400 tetamu hadir dalam majlis tersebut, yang juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkepentingan dan komuniti dengan lebih berkesan.
#BilikBeritaCats #Catsfm