KUCHING: Seorang lelaki berusia 38 tahun berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Saradise, lewat malam tadi.
Bagaimanapun, dia sempat menyelamatkan diri sebelum api marak dan memusnahkan keseluruhan kenderaan tersebut.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11:39 malam.
Setiba di lokasi, pasukan dari Balai Bomba Tabuan Jaya yang diketuai Tahir Tuah mendapati hampir keseluruhan SUV tersebut sudah terbakar.
Tahir berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM