SRI AMAN, 8 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut, di sini, petang tadi.
Mangsa dikenali Daud Pantau, 57 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah dikerahkan ke lokasi susulan itu.
Komander Operasi PBK I Mohd Fadhli Buyong bersama anggotanya, segera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.
Setiba di lokasi mendapati kemalangan kendiri itu melibatkan seorang penunggang motosikal yang terbabas ke dalam parit.
Katanya, pasukan bomba kemudian segera melakukan pemeriksaan dan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum mengangkat mangsa ke atas bahu jalan.
Mayat mangsa selepas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM