• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 March 2025 | 12:45 PM

Hormat-Menghormati Teras Kekuatan Malaysia – TPM

Kuching, 8 Mac: Nilai hormat-menghormati adalah asas kepada kekuatan Malaysia.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, yang menekankan kepentingan saling memahami dan mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti kaum.

Menurutnya, jika sensitiviti kaum dan agama tidak dijaga, ia bukan sahaja boleh menyebabkan salah faham, tetapi juga berisiko mencetuskan ketegangan antara kaum.

Sehubungan itu, beliau menegaskan untuk perkara sedemikian tidak berulang dan menyeru semua pihak untuk mengelakkan isu-isu sensitif, terutamanya yang menyentuh kepercayaan atau amalan budaya yang berbeza.

Tambah beliau, kesatuan amat penting dalam usaha membina sebuah negara yang maju dan makmur, serta memastikan masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung isu tular baru-baru ini yang melibatkan beberapa orang penyampai di sebuah stesen radio di Malaysia.

Mengenai perkara tersebut, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok