Kuching, 8 Mac – Rundingan antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) masih berjalan, dengan kedua-dua pihak diberi ruang untuk menterjemahkan perjanjian yang telah dimeterai.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, buat masa ini, kerajaan menyerahkan kepada kedua-dua pihak untuk memastikan perjanjian tersebut dapat berjalan seiring.
Menurut beliau, PETROS telah menghantar surat kepada PETRONAS minggu ini bagi menawarkan cadangan mengenai hala tuju kerjasama antara kedua-dua entiti tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada PETRONAS.
Sekiranya rundingan tersebut tidak mencapai kata sepakat, perkara itu akan dirujuk kepada Perdana Menteri dan Premier Sarawak untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Satok di Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm