SIBU, 6 Mac: Seorang murid darjah dua berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sibu Jaya, di sini, sebentar tadi.
Mangsa, Felix Adrian, 8, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.26 petang sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian.
Setiba di lokasi, Komander Operasi, Alexander Sebu berkata pihaknya segera menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas iaitu power unit (RTA) spreader dengan teknik meregangkan besi bagi membebaskan kaki mangsa.
Tambah beliau, mangsa berada dalam keadaan stabil sebelum diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM