KUCHING, 6 Mac 2025 – Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian menegaskan bahawa integriti merupakan asas penting dalam memastikan kejayaan pembangunan Sarawak menjelang 2030.
Menurut beliau, peningkatan ketara peruntukan dana projek kerajaan negeri memerlukan penjawat awam yang beretika dan berintegriti, khususnya dalam agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak.
Jelasnya, DID Sarawak hanya menerima peruntukan sekitar RM5.8 juta pada 2018, namun jumlahnya meningkat lebih RM20 juta menjelang 2025.
Dr. Sim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti DID Sarawak Tahun 2025, di sini, pada Khamis.
Beliau turut berkata, usaha memperkukuh integriti memerlukan komitmen berterusan menerusi pelaksanaan dasar seperti Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).
Tambahnya lagi, Sarawak bukan sahaja fokus kepada pembangunan fizikal, malah turut memberi perhatian kepada pembentukan generasi muda berintegriti sebagai asas pentadbiran cemerlang serta berkualiti.
#BilikBeritaCATS #CATSFM