• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:52 AM

JPS Sarawak Jabatan Teknikal Pertama Peroleh Sijil ABMS ISO 37001:2016

KUCHING, 6 Mac 2025 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi jabatan teknikal pertama di negeri ini yang berjaya memperoleh Pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016.

Ia sekali gus memperkukuh usaha pencegahan rasuah dalam tadbir urus perkhidmatan awam Sarawak.

Pengiktirafan itu diumumkan oleh Pengarah JPS Sarawak, Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, sempena Majlis Sambutan Hari Integriti JPS Sarawak Tahun 2025 yang berlangsung di The Waterfront Hotel, di sini, hari ini.

Menurut beliau, permohonan pensijilan telah dikemukakan kepada SIRIM QAS International Sdn Bhd pada Oktober 2024, dan setelah melalui proses penilaian menyeluruh, JPS Sarawak berjaya mendapat pensijilan rasmi pada 30 Disember 2024 bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang menepati piawaian antarabangsa.

Dalam majlis yang sama, beliau turut berkongsi bahawa JPS Sarawak kini menyertai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025, sebagai langkah menilai tahap kecekapan jabatan dalam pengurusan integriti, tadbir urus, serta pencegahan rasuah.

Terdahulu, lebih 200 kakitangan kerajaan menghadiri Majlis Sambutan Hari Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak Tahun 2025, yang berlangsung penuh meriah di The Waterfront Hotel, hari ini.

Majlis berprestij itu telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman, serta Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Wan Ahmad Nidzam Wan Omar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok