• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:46 AM

Tiga rumah musnah dijilat api di kampung Tabuan Melayu

KUCHING, 5 Mac: Lapan keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Jaya, di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.00 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi.

Setiba di lokasi, Komander Operasi, PBK II Syamsyul Mustapha berkata api sedang marak membakar tiga buah rumah jenis separuh kekal yang terletak bersebelahan.

Katanya dalam satu kenyataan, rumah pertama dihuni 5 keluarga dan rumah kedua dihuni 2 keluarga masing-masing terbakar 100 peratus, manakala rumah ketiga terbakar kira-kira 30 peratus.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dilaporkan, seorang mangsa mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital menggunakan EMRS Bomba akibat terhidu asap tebal.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok