• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:43 AM

Sembilan Pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya - Nanta

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya dan dibuka secara berperingkat kepada pengguna jalan raya setakat Februari tahun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, antara pakej daripada keseluruhan 11 pakej kerja tersebut ialah WPC02 melibatkan Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang sembilan kilometer, telah siap sepenuhnya pada 25 Mac 2024.

“Pakej WPC08 melibatkan Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 63km, siap sepenuhnya pada 2 Ogos 2024, manakala pakej WPC09 melibatkan Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Lapangan Terbang Bintulu sepanjang 65km, siap sepenuhnya pada 5 Nov 2024,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Nanta berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu peratusan kemajuan semasa pelaksanaan projek Fasa 1 LPB Sarawak setakat ini.

Beliau berkata dua lagi baki pakej kerja iaitu WPC06 sepanjang 65km dijadual dapat disiapkan pada suku kedua 2025, manakala WPC11 sepanjang 80km, kecuali Seksyen Lambir di Miri, dijangka siap secara berperingkat pada suku keempat tahun ini.

Ini kerana Seksyen Lambir, Miri di jajaran WPC11 sepanjang empat kilometer perlu direka bentuk semula dengan jangkaan dapat disiapkan pada Oktober 2027. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok