• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:41 AM

AirBorneo anjur pertandingan cipta logo dan corak badan pesawat

KUCHING, 5 Mac - Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, melancarkan pertandingan mencipta logo dan mereka bentuk corak pada badan pesawat.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertandingan berkenaan dan menyumbang idea kreatif bagi membentuk identiti baharu Sarawak dalam industri penerbangan.

“Ia susulan sambutan hangat rakyat Sarawak di media sosial selepas pengumuman AirBorneo. Netizen mula berkongsi reka bentuk yang menonjolkan warisan budaya dan keindahan semula jadi Sarawak.

“Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu mencipta logo dan mereka bentuk corak badan pesawat. Peserta digalakkan memasukkan elemen yang mencerminkan budaya, warisan, biodiversiti, nilai mesra alam, keterhubungan serta semangat dinamik AirBorneo,” menurut kenyataan itu.

Menurut UKAS, pemenang akan menerima pengiktirafan khas serta hadiah lumayan daripada penganjur.

Semua reka bentuk tertakluk kepada terma dan syarat. Penyertaan boleh dihantar melalui e-mel ke admin@airborneo.com - BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok