• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:39 AM

Dadah jenis ganja bernilai hampir RM160,000 dirampas

KUCHING, 5 Mac – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak telah menumpaskan aktiviti sindiket penyeludupan dadah berbahaya jenis Ganja yang bernilai RM158,340.00.

Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki yang menuntut satu kotak kiriman kurier di sebuah syarikat kurier yang beralamat di Jalan Lee Ling Kuching pada 22 Januari 2025, kira-kira jam 11.15 pagi.

“Sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Narkotik dengan kerjasama pasukan Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas kandungan kotak kiriman kurier tersebut dan menemukan 25 paket dadah berbahaya jenis Ganja yang dibungkus dalam pembalut coklat “DAIRY MILK”.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 5,280-gram dengan anggaran nilai sebanyak RM158,340.00,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok